PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Johor, Sarawak, Sabah serta Labuan hingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terlibat di Johor adalah Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Di Sarawak pula, ribut petir dan hujan lebat diramalkan berlaku di Serian, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Keadaan sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).
Dalam masa sama, seluruh Labuan juga akan terkesan dengan ribut petir dan hujan lebat bagi tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE














