fbpx
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan di George Town, semalam.

Sindiket MDMA di tumpas, dadah RM3.43 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) di negeri ini sekali gus membongkar sebuah makmal haram memproses pelbagai dadah bernilai lebih RM3.43 juta di daerah Timur Laut di sini, semalam.

Serbuan yang dijalankan bermula pada pukul 4 petang, 30 Mac hingga 9 pagi semalam itu telah menahan tiga suspek terdiri dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing.

Penahanan ke atas ketiga-tiga suspek berusia 33 hingga 48 tahun itu dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang. Suspek pertama dipercayai bekerja sebagai buruh manakala wanita merupakan tukang urut. Difahamkan, suspek ketiga pula bertindak sebagai ‘mastermind’.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, penahanan suspek pertama iaitu seorang lelaki tempatan di kawasan parkir kenderaan telah membawa ke sebuah kediaman di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di kediaman tersebut, polis telah merampas pelbagai jenis dadah termasuk serbuk MDMA, ganja, ketamin, pil Erimin 5 bersama peralatan memproses dadah. Nilai rampasanya kesemua barangan tersebut adalah RM3.43 juta.

“Susulan rampasan tersebut, polis juga telah menangkap seorang lagi lelaki tempatan bersama seorang wanita warga asing dipercayai rakan sejenayah di kawasan berlainan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, hasil risikan pihaknya mendapati sindiket tersebut bergiat aktif sejak Oktober tahun lalu dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan lebih kurang 50,000 orang atau 50,000 kali penggunaan.

“Hasil ujian air kencing mendapati dua tangkapan positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine selain mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.

“Turut disita adalah dua buah kereta, sebuah motosikal, barangan kemas dan wang tunai dengan anggaran keseluruhannya berjumlah RM34,940.80,”ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 31 Mac hingga 6 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Kesalahan Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN