fbpx
Tangkap layar video anak perempuan Gallifuoco mendendangkan lagu kanak-kanak popular, 1 2 3 Sayang Semuanya sambil diperhatikan adiknya yang masih bayi, baru-baru ini.

[VIDEO] ‘Terbaik anak Giancarlo Gallifuoco, fasih nyanyi lagu Melayu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat anak perempuan pemain import Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, menyanyikan lagu kanak-kanak berbahasa Melayu dengan fasih menarik perhatian ramai.

Lebih ‘mencairkan’ hati, anak perempuannya itu mendendangkan lagu kanak-kanak popular bertajuk 1 2 3 Sayang Semuanya, sambil diperhatilan adiknya yang masih bayi.

Momen manis itu berjaya dirakam isterinya, Olivia Gallifuoco, baru-baru ini.

“Bahasa Melayu lessons with sis (pelajaran Bahasa Melayu dengan kakak),” katanya pada kapsyen rakaman video tersebut.

Hantarannya itu meraih pelbagai respons orang ramai yang rata-rata kagum dengan kefasihan kanak-kanak berkenaan berbahasa Melayu dengan lenggok penduduk tempatan sebayanya.

“Alhamdulilah, terbaik anak Gallifuoco. Fasih nyanyi lagu Bahasa Melayu,” komen seorang pengguna.

“Bunyi sebutan 100 peratus budak Melayu,” puji @AmanReenShop.

“Betul-betul sama macam anak Malaysia nyanyikan lagu. Ingatkan anak Malaysia tadi,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@oliviagallifuoco Could have put a tshirt on, but ok… GO OFF QUEEN!!! 😂 #mumlife #fyp #malaysia ♬ original sound – Olivia Gallifuoco

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN