fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh Perak, Kuala Lumpur, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Bera), dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat),” lapor MetMalaysia.

“Turut terjejas beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol,” katanya hari ini.

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi)

Bagi Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Beaufort).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN