fbpx
ANGGOTA penguatkuasa KPDN Johor melakukan pemeriksaan ke atas ruang simpanan lori yang diubah suai untuk mencuri dan menyeleweng minyak diesel di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam. Foto IHSAN KPDN

‘Modified’ lori angkut barang curi 800 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Taktik licik seorang lelaki mengubah suai lori mengangkut barang untuk mencuri dan menyeleweng minyak diesel terbongkar apabila dia diberkas dalam satu operasi rondaan, semalam.

Suspek berusia 40-an itu ditahan kira-kira pukul 2 petang di sebuah stesen minyak sekitar Lebuhraya Pasir Gudang, di sini oleh pasukan Unit Ronda Penguat Kuasa (URP) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas mendapati suspek dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan pengubahsuaian khas yang dipercayai digunakan bagi tujuan penyelewengan diesel.

“Lori berkenaan dilengkapi dua unit pam yang disambungkan terus dari tangki asal ke tangki tambahan jenis Intermediate Bulk Container (IBC) di bahagian ruang simpanan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tangki tambahan itu dipercayai mengandungi kira-kira 800 liter minyak diesel yang disimpan secara tidak sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah dengan memindahkan diesel dari tangki asal ke tangki tambahan untuk disimpan sebelum dipercayai dijual atau digunakan tanpa kebenaran.

Katanya, pemeriksaan terhadap lelaki tempatan itu mendapati dia gagal mengemukakan sebarang dokumen sah termasuk permit khas bagi menyimpan bahan kawalan tersebut.

“Susulan itu, pihak KPDN Johor menahan suspek untuk diambil keterangan dan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.

Tambah beliau, semua barangan termasuk lori, minyak diesel dan peralatan yang digunakan turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM20,716.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN