fbpx
Tangkap layar CCTV memaparkan seorang lelaki mengambil gambar bawah skirt wanita di sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Lelaki miang ambil gambar bawah skirt di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki mengambil gambar bawah skirt wanita dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah, di Bandar Sunway, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan menerima laporan susulan video tular di media sosial.

“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesan serta mengenal pasti mangsa dan suspek yang terlibat. Perkembangan akan dimaklumkan,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCT) memaparkan seorang lelaki mengambil gambar bawah skirt wanita tidak dikenali di sebuah premis.

Lelaki itu dilihat berada di dalam premis terbabit selama beberapa minit sambil memegang telefon di tangan untuk merakam gambar sedemikian.

Dia kemudian dipercayai beredar dari lokasi selepas tindakannya disedari pengunjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN