fbpx
Tangkap layar video tular yang memaparkan suspek merempuh kenderaan di KLIA semalam.

Lelaki ada 31 rekod jenayah rempuh lima kenderaan di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- Seorang lelaki tempatan yang mempunyai 31 rekod jenayah lampau bertindak nekad merempuh lima kenderaan awam ketika cuba melarikan diri daripada pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, suspek berusia 30 tahun yang memandu sebuah Honda Civic berwarna merah dikesan enggan berhenti apabila diarahkan anggota kereta peronda polis (MPV) untuk pemeriksaan ketika rondaan cegah jenayah dijalankan di sekitar kawasan KLIA.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, suspek kemudian bertindak melarikan diri ke arah laluan terminal Aras 3 sebelum merempuh beberapa kenderaan awam yang berada di laluan tersebut.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, hasil semakan mendapati lelaki itu mempunyai 31 rekod jenayah lampau selain satu rekod kesalahan dadah yang masih dikehendaki.

Ravi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya serta kesalahan trafik.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sepang pagi ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, sebuah rakaman video tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan Honda Civic merah melanggar beberapa kenderaan awam ketika cuba meloloskan diri daripada polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN