Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan kepada sanak saudara yang di rindui di Malaysia daripada kami yang jauh di mata di bumi Iraq. Mohon maaf zahir batin jika ada salah dan silap.
Daripada: Rapi, Syam, Yusri, Sharul, Edry, Taufik, Rosli, Yap, Nazry dan Rizal
Lokasi: Petronas Carigali Iraq BV Holding, Iraq
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin terutamanya kepada keluarga yang berada di Kampung halaman di Gurun, Kedah, sanak saudara serta sahabat handai yang mengenali saya.
Tidak lupa buat seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia, warga Tentera Darat dan warga Markas Angkatan Bersama.
Daripada: Pegawai Staf Tentera MONUSCO, Sarjan Norsalina Johari
Lokasi: Democratic Republic of Congo
Selamat Hari Raya Aidilfitri, minal ‘aidin wal faizin.
Maaf zahir dan batin kami pohonkan atas segala salah dan silap.
Walaupun jauh beribu batu, ingatan dan doa kami sentiasa buat keluarga di kampung.
Salam perantauan daripada kami di London, United Kingdom.
Daripada: Danial, Atiqah dan Adrian
Lokasi: London, United Kingdom
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin terutamanya kepada isteri tercinta, Mejar Dr. Fatimatul Zahra’ Md Nujid dan anak-anak, Asyraf, Iskandar dan Zarif yang berada di Kuala Lumpur serta sahabat handai yang mengenali saya.
Daripada: Pegawai Pemerhati Tentera MINURSO, Mejar Mohd. Mustakin Jamal TUDM
Lokasi: Teamsite Bir Lah Lou, Sahara Barat, Afrika















