Saudara Pengarang, Kos sara hidup yang semakin meningkat hari ini memaksa ramai dalam kalangan kita untuk menilai semula gaya hidup harian. Salah satu perkara yang sering dipandang remeh ialah tabiat ‘jalan-jalan’ tanpa tujuan yang jelas. Mungkin nampak kecil, tetapi hakikatnya ia memberi kesan besar kepada perbelanjaan bulanan, khususnya dari segi penggunaan petrol. Ramai antara kita menjadikan aktiviti memandu ke sana sini sebagai rutin, sama ada untuk mengisi masa lapang atau sekadar ‘cuci mata’. Namun tanpa disedari, setiap perjalanan itu datang……














