fbpx
ASAP dan api kelihatan selepas Tehran menjadi sasaran serangan udara Amerika dan Israel pada 5 Mac lalu. – AFP

Iran tuduh Amerika ‘lidah biawak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN –  Speaker Parlimen Iran,  Mohammad Bagher Ghalibaf menuduh  Amerika Syarikat(AS)  sedang merancang serangan darat walaupun secara terbuka melancarkan usaha diplomatik untuk menamatkan perang, lapor akhbar Arab News.

“Musuh secara terbuka menghantar mesej rundingan sambil secara rahsia merancang serangan darat. Kami sedang menunggu ketibaan askar AS untuk membakar mereka.

“Tembakan kami berterusan. Peluru berpandu kami sudah tersedia. Keazaman dan keimanan kami meningkat,”  kata Ghalibaf kepada agensi berita rasmi IRNA.

Beliau menyifatkan pelan 15 perkara AS yang diserahkan oleh Pakistan kepada Iran minggu lepas sebagai ‘hajat mereka’ dan berkata, pentadbiran Presiden Donald Trump  cuba melakukan melalui pelan itu apa yang gagal dicapai dengan kekerasan.

“Selagi Amerika menuntut Iran menyerah kalah, jawapan kami jelas.  Kami tidak akan menerima penghinaan,” katanya.

Kenyataan tersebut  hadir selepas sebulan perang serantau itu yang dicetuskan pada 28 Februari lalu apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan udara ke atas Iran, membunuh pemimpin tertingginya dan mencetuskan konflik di seluruh Asia Barat.

Laluan perkapalan di Selat Hormuz yang menyalurkan 20 peratus bekalan  minyak mentah dunia dan gas asli cecair  pula telah terhenti hampir sepenuhnya akibat perang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN