fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Yunooh.

Gara-gara ‘double park’, dah kena angkat kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular hantaran di Threads memaparkan sekumpulan pekerja terpaksa mengangkat sebuah kereta selepas pemiliknya gagal dikesan.

Menerusi perkongsian di laman Threads @Yunooh, kejadian itu berlaku ketika waktu bekerja apabila individu yang ingin keluar dari petak parkir terpaksa menunggu hampir sejam.

“Sejam hon, pemilik kereta tak datang. Kami nak kerja pun tak boleh fokus. Akhirnya satu pasukan turun tolong angkat kereta,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan simpati terhadap pemilik kenderaan yang terkesan, selain menegur sikap segelintir pemandu yang gemar meletakkan kenderaan secara ‘double park’.

Seorang pengguna, @Azwahashima berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di kawasan perumahannya sehingga menyusahkan orang lain yang ingin keluar bekerja atau menghantar anak ke sekolah.

“Kesian juga, janganlah ‘double park’ sampai menyusahkan orang lain. Ini peringatan untuk diri saya juga supaya tidak menghalang laluan walaupun sekejap,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi netizen, @Joeypergibulan66 berkongsi pengalaman berdepan situasi sama apabila motosikalnya dihalang kereta yang diletakkan secara tidak bertanggungjawab.

“Pernah jadi pada saya. Kereta ‘double park ‘ halang motosikal. Memang marah, tapi tahan sahaja sebab bulan Ramadan. Terpaksa juga keluarkan motor dengan susah payah,” ujarnya.

Dalam pada itu, @Melakacleaning pula berpendapat tindakan yang dilakukan adalah munasabah memandangkan mereka sudah menunggu terlalu lama.

“Siapa pun boleh hilang sabar kalau tunggu sampai sejam. Kita tak tahu orang lain ada urusan penting. Kesian juga, mungkin pemilik kereta takut nak turun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN