fbpx
Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan mengenai ONSA 2025 di Istana Bukit Tunku hari ini. - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Fahmi persembah ONSA 2025 kepada Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, ONSA 2025 dipersembahkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini.

“Pelaksanaan ONSA bertujuan menjadikan Internet lebih selamat untuk keluarga dan kanak-kanak, melalui penetapan tanggungjawab yang jelas kepada platform dalam talian.

“Selain, ia berperanan sebagai pelaksanaan mekanisme pengesahan umur (age verification) untuk hadkan kanak-kanak di bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial bagi melindungi keselamatan kanak-kanak dan juga keluarga,” tulis hantaran tersebut.

Sementara itu, Fahmi berkata, akta berkenaan juga dalam usaha menangani isu akaun palsu yang mensasarkan Raja-Raja Melayu serta Kerabat Diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN