fbpx
Tangkap layar video menunjukkan rutin harian pelancong tersebut semasa terkandas di Thailand. - TikTok

Tiket mahal, lelaki menetap 10 hari di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengundang perhatian pengguna media sosial kerana menetap selama 10 hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand, lapor portal berita VNExpress. 

Lelaki itu berkata, tiket penerbangan yang mahal susulan perang di Asia Barat telah menghalangnya daripada meneruskan perjalanan. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @rastagraphy menunjukkan rutin harian lelaki terbabit termasuk menonton filem, membaca buku, makan dan lain-lain. 

Stesen penyiaran Channel 3 melaporkan, dia telah membuat rayuan kepada syarikat penerbangan untuk menanggung kos tiket penerbangan baharu. 

Biro Imigresen Thailand berkata, lelaki berkenaan tiba dari Singapura pada 15 Mac, namun dia tidak dibenarkan masuk kerana gagal memenuhi syarat standard pelancong. 

Dia akhirnya berlepas dari Thailand pada 21 Mac lalu selepas urusan perjalanan diuruskan oleh pihak berkuasa . – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN