fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sarawak hingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Hujan lebat turut diramal berlaku di kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson).

Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN