fbpx
Seorang cef menyediakan hidangan tradisional di sebuah restoran di pusat bandar Kaherah pada 10 Disember 2025. - AFP

Mesir arah kedai, restoran tutup awal jimat penggunaan tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAHERAH – Kedai, restoran dan kafe di Mesir diarahkan untuk ditutup lebih awal sebagai sebahagian daripada langkah sementara bagi memerangi kenaikan harga tenaga yang disebabkan oleh perang Iran, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Premis runcit dan makan perlu ditutup menjelang pukul 9 malam (waktu tempatan) setiap hari bermula semalam.

Langkah-langkah luar biasa yang diperkenalkan kerajaan Mesir termasuk memalapkan lampu jalan dan pengiklanan di tepi jalan, serta bekerja di rumah selama satu hari seminggu pada April ini bagi kebanyakan orang.

Hotel dan tarikan pelancong bagaimanapun dikecualikan daripada langkah penjimatan tenaga tersebut, kata kerajaan. Pelancongan dianggarkan membentuk sekitar satu per 10 daripada ekonomi Mesir.

Beberapa hotel di Kaherah, termasuk Mariott dan Cosmopolitan memberitahu penyiar RFI bahawa mereka telah memperoleh penjana sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik dan akan memastikan restoran dibuka untuk tetamu tanpa mengira waktu tutup di tempat lain.

Walaupun kebanyakan pekerja diarahkan bekerja dari rumah selama satu hari seminggu, sektor penting seperti hospital, sekolah dan kilang akan dikecualikan. 

Mesir terjejas oleh konflik Asia Barat dan sekatan di Selat Hormuz, laluan perkapalan utama untuk minyak dan gas asli cecair.

Walaupun negara itu tidak terlibat dalam perang, kebergantungannya pada bahan api import telah menjadikannya terdedah kepada kejutan bekalan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN