fbpx
Peluru berpandu yang dilancarkan dari Yemen ke atas Israel dilihat di langit Hebron, Tebing Barat. - Anadolu

Houthi lancar peluru berpandu ke arah Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SANA’A – Kumpulan Houthi di Yemen menyertai perang Asia Barat yang telah berlangsung selama sebulan, dengan melancarkan dua serangan peluru berpandu ke atas Israel sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang perang yang merebak ke Laut Merah.

Kebimbangan konflik yang semakin meluas muncul ketika akhbar Washington Post melaporkan, Pentagon sedang menyediakan rancangan untuk operasi darat Amerika Syarikat (AS) selama berminggu-minggu di Iran. 

Ia bagaimanapun mengatakan bahawa Presiden Donald Trump masih belum meluluskan sebarang pengerahan.

Penglibatan pemberontak Houthi menambahkan kerumitan baharu kepada konflik yang telah memberi kesan kepada sebahagian besar Asia Barat itu.

Semasa perang Israel baru-baru ini di Gaza, Houthi yang menyuarakan solidariti dengan rakyat Palestin, menyerang perkapalan di Laut Merah dan Teluk Aden. Ia memaksa syarikat-syarikat untuk mengambil jalan alternatif yang mahal.

Seorang jurucakap Houthi semalam berkata, kumpulan itu melepaskan serangan peluru berpandu kruz dan dron yang menyasarkan beberapa tapak penting dan ketenteraan di Israel. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN