KEMUNCULAN Mercedes-Benz GLA 200 Edisi ‘Nightfall’ membawa karakter baharu yang lebih berani, misteri dan menggoda. GLA 200 Edisi ‘Nightfall’ yang dilancarkan pada awal Mac lalu bukan sekadar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak premium, sebaliknya gabungan warisan kejuruteraan Jerman dan gaya hidup moden penuh karakter. Sejarah model GLA bermula apabila Mercedes-Benz memperkenalkan barisan SUV kompaknya sekitar tahun 2013 sebagai jawapan kepada permintaan global terhadap kenderaan premium yang lebih praktikal tetapi tetap bergaya. Kemunculan GLA 200 ‘Nightfall’ pada 2026 berbanding edisi……














