fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki memecah tabung masjid di Parit Raya, Ayer Hitam, Johor.

[VIDEO] ‘Memalukan geng rider SeMalaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Memalukan geng-geng ‘rider’ (penunggang motosikal) SeMalaysia’.

Itu antara komen yang ditinggalkan seorang pengguna aplikasi Threads selepas menonton satu klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki didakwa ‘rider’ memecah tabung masjid.

Menerusi klip video tersebut, kejadian dipercayai dirakam di sebuah masjid di Parit Raia, Air Hitam, Johor namun tidak dinyatakan tarikhnya.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan muka pelaku tersebut yang mengumpil tabung masjid dengan menggunakan sebatang besi. Selain itu, baju yang dipakai lelaki itu menunjukkan dia ahli kumpulan bermotosikal.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna lain turut menyelar perbuatan tersebut dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas lelaki terbabit.

“Siapa kenal (pelaku) tolong info (beritahu), jangan dibela orang macam ini. Lama-lama melarat nanti tambah menyusahkan orang lain,” kata Muhammadasyraf2307.

Turut meninggalkan komen seorang lagi pengguna dikenali sebagai Haslamjaffar.g.

“Kesian akal pendek, tenaga kuat macam itu pergi buat kerja halal lagi bagus,” katanya.-KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN