fbpx
Tangkap layar video di Threads oleh Nazifaharun memaparkan kereta jenis Perodua Axia naik ke pembahagi jalan

[Video] Apa masalah pemandu Axia tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Tular satu rakaman video di media sosial memaparkan kejadian sebuah kereta jenis Perodua Axia yang naik ke pembahagi jalan (divider) sehingga hampir melanggar seorang penunggang motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik oleh Nazifaharun di Threads, kenderaan berwarna kelabu tersebut dilihat hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah persimpangan utama yang hampir mengundang padah apabila kereta berkenaan nyaris merempuh seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat di situ.

“Apa masalah kau Axia? Kesian abang itu tau, baru je dia nak park (meletakkan kenderaan),” katanya.

“Mesti main telefon sibuk tengok Waze sampai tak sedar kereta dah nak masuk laluan bertentangan,” tambah Ftth.Lee pula.

Menurut Malinmazlina, kedudukan tembok jambatan yang tinggi dan besar di kawasan itu menyukarkan pemandu untuk melihat arah aliran trafik dengan jelas, terutamanya ketika sedang menunggu lampu isyarat merah.

“Puncanya waktu lampu merah, saya duduk sebelah tembok tinggi besar jambatan jadi saya tak boleh baca upcoming route (laluan yang akan datang),” ujarnya.

“Bila lampu dah hijau baru perasan alamak nasib aku tak salah masuk lane (laluan),” jelasnya lagi.

Pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa berhati-hati semasa berada di atas jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN