fbpx

‘Tolonglah balik orang Kelantan, dah penat makan roti telur, nasi goreng mamak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Rata-rata penduduk Lembah Klang merayu kepada pengusaha gerai makanan yang berasal dari Pantai Timur untuk pulang segera ke ibu kota.

Ini kerana dakwa mereka sudah ‘penat’ untuk menjamu selera di restoran mamak dengan masakan kari.

Rayuan tersebut dikongsi oleh seorang pengguna di aplikasi Threads yang dikenali sebagai D.d6695 yang mahu kedai makan masakan Melayu dan tomyam segera dibuka.

“Kepada orang Kelantan yang balik beraya, sudah-sudahlah tu beraya. Tolonglah balik sini Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

“Minggu ini aku dah penat makan mamak empat hari tau tak?. Aku penat nak makan roti telur nasi goreng mamak, nasi kari campur. Tolonglah balik, saya perlulan makanan Melayu,”luah lelaki itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi kisah sama yang rindukan masakan Melayu selepas puas berhari raya.

“Semalam aku balik dari hospital nak makan mee apa ntah, ada nasi campur je,.aku tanya mana menu lain. Mereka kata semua cuti lagi, minggu depan baru ada baru ada aku layan laksam je,”komen Mid_73.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wnsazam.

“Kalau nak makan masakan Pantai Timur macam nasi dagang, nasi kerabu, boleh pergi dekat Seri Dagang Neocyber. Katanya dah start bukak,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN