fbpx
Azman

KPDN perketat penguatkuasaan, kekang ketirisan bekalan bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan serta aktiviti penyeludupan, selain memastikan bekalan barang kawalan terus stabil di pasaran.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan geopolitik akibat konflik di Asia Barat yang berpotensi menjejaskan rantaian bekalan global, khususnya bahan api.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pihaknya telah merangka strategi lebih agresif bagi menghadapi sebarang kemungkinan gangguan bekalan.

“Iltizam dan usaha berterusan KPDN ini, selari dengan saranan dan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara terus terjamin dan dapat memenuhi keperluan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, beberapa langkah strategik akan dilaksanakan bagi memastikan bekalan bahan api tidak terjejas walaupun berdepan tekanan global.

Khamis lalu, Kosmo! melaporkan kerajaan menyelaraskan had kelayakan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) kepada 200 liter berbanding 300 liter sebulan bermula 1 April ini.

Anwar dilaporkan berkata, pelarasan itu merupakan langkah sementara bagi mengurus tekanan bekalan semasa tanpa menjejaskan majoriti pengguna, selain memastikan bekalan bahan api kekal mencukupi dalam tempoh lebih panjang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN