fbpx
Muhammad Kamil (depan, lima dari kiri) bergambar kenangan selepas merasmikan Program Satelit: Karnival Kita Madani X Program Madani Rakyat (PMR) 2.0 Peringkat Negeri Perak 2026 di Tanjung Rambutan, Ipoh hari ini.

Isu rasuah RM9.5 juta: Saya cabar kamu dedahkan nama – Ketua AMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar pihak yang melemparkan tuduhan terhadap Ahli Parlimen dari parti berkenaan membabitkan rasuah RM9.5 juta untuk menamakan individu dimaksudkan tersebut.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan menggunakan nama Mr. R bagi mengaitkan ahli PKR terlibat berkenaan hanyalah bersifat politik politik semata-mata.

“Sebutlah siapa dia, ini main petik nama orang itu, main nama initial, apa ingat ini teaser filem ke?

“Jadi orang-orang macam ini kalau tanya saya, ialah mereka yang terdesak dan mempunyai agenda politik yang tertentu.

“Dia cuba mengalih kita daripada menumpukan usaha kita kepada yang telah diusahakan selama ini iaitu membanteras rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketirisan, kebocoran dan lain-lain lagi,” katanya pada sidang akhbar di Tanjung Rambutan, Ipoh hari ini.

Terdahulu, beliau berucap sebelum merasmikan Program Satelit: Karnival Kita Madani X Program Madani Rakyat (PMR) 2.0 Peringkat Negeri Perak 2026 di sini.

Justeru, Muhammad Kamil berkata, pihak yang melemparkan tuduhan berkenaan tidak perlu lagi bermain wayang dan berselindung di sebalik tohmahan tersebut dan terus sahaja mendedahkan nama dimaksudkan mereka.

“Jadi yang dituduh seumpamanya ialah ahli Parlimen PRK. Saya cabar kamu, namakan dia. Jangan berselindung di belakang istilah-istilah, teaser-teaser. Itu tidak membantu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa seorang ahli perniagaan, Victor Chin mendakwa seorang Ahli Parlimen PKR dinamakannya sebagai Mr. R meminta bayaran RM10 juta bagi membantu menyelesaikan isu yang didakwanya sebagai skandal mafia korporat.

Bagaimanapun, dia hanya mampu menyerahkan RM9.5 juta disebabkan isu tersebut tidak berjaya diselesaikan.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Ramanan pada sidang akhbarnya baru-baru ini menafikan bahawa beliau yang juga Menteri Sumber Manusia merupakan Mr. R tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN