fbpx
CKLAMOVSKI (kanan) percaya aksi menentang Vietnam mampu berakhir dengan keputusan positif buat Harimau Malaya. - MALAYSIA NT

Bangkit pulihkan maruah Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARIMAU Malaya enggan ‘melenting’, sebaliknya kekal profesional untuk berdepan dengan Vietnam pada aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa depan walaupun dipotong enam mata oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Menurut Cklamovski, kekecewaan dirasai oleh semua pemain dan barisan jurulatih diharap dapat diterjemah untuk memulihkan maruah sekali gus membakar semangat memburu keputusan positif pada perlawanan di Stadium Nam Dinh nanti.

“Inilah keindahan bola sepak yang mengajar kita banyak perkara. Apabila bercakap mengenai pemotongan mata, sudah tentu keputusan itu meranapkan impian dan perasaan kami.

“Ia mengecewakan pemain, kakitangan serta negara. Kelayakan ditarik semula daripada kami atas perkara yang berlaku di luar padang dan perkara yang tidak berada dalam kawalan.

“Namun, saya harap kami akan gunakan emosi ini untuk membina pasukan dan kami akan salurkan tenaga itu untuk menunjukkan permainan terbaik kami menentang Vietnam nanti.

“Ini satu peluang yang ada di hadapan kami (bangkit memulihkan maruah) dan kami akan manfaatkan sebaik mungkin,” kata Cklamovski.

Skuad negara kini dalam berada di Bangkok, Thailand sebagai persiapan untuk mengharungi aksi menentang Vietnam sebelum berlepas ke Hanoi pada hari ini.

Susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (CAS) mengenai isu pemalsuan dokumen baru-baru ini, Harimau Malaya dijatuhkan hukuman kekalahan 0-3 kepada Vietnam dan Nepal dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 oleh AFC secara rasmi.

Situasi itu menyaksikan Harimau Malaya berada di tangga kedua Kumpulan F dengan mengutip sembilan mata manakala Naga Emas di kedudukan pertama dan sudah mengesahkan status selaku juara kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN