JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi perhatian pengguna media sosial selepas merempuh perjalanan sejauh 1,615 kilometer selama 12 hari untuk pulang berhari raya di kampung halaman, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Wanita bernama Nadine Tan itu menunggang motosikal dari Pulau Bali ke Tangerang, wilayah Banten seorang diri.
Bagi Nadine, perjalanan ribuan kilometer itu bukan sekadar mengenai pergerakan, namun lebih kepada misi pencarian diri.
“Intipati catatan ini sebenarnya adalah tentang perjalanan cinta diri dan proses penyembuhan saya.
“Saya pernah menjadi seorang yang suka menyenangkan orang lain, sanggup mengorbankan masa, tenaga dan perasaan, malah mengetepikan batas saya sendiri untuk orang lain,” jelas Nadine.
Nadine memulakan perjalanan itu pada 25 Februari lalu hingga 8 Mac lepas.
Berbanding memilih pengangkutan awam lain, dia memilih untuk memandu santai selama 12 hari.
Ia termasuk persinggahan dua hari di Banjarnegara dan persinggahan empat hari di Bandung untuk memastikan dirinya cergas secara fizikal. – AGENSI














