fbpx
Gambar hiasan

Takut ditahan polis, lelaki warga emas rugi RM328,450

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Akibat takut ditahan pihak polis menyebabkan seorang lelaki warga emas mengalami kerugian sebanyak RM328,450.88 selepas dia terperdaya dalam kes penipuan melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 4 Februari lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 64 tahun menerima panggilan telefon daripada aplikasi WhatsApp daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Putrajaya.

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kes jenayah penipuan dan akan ditangkap.

“Mangsa kemudiannya diarahkan membuka dua akaun bank baharu kononnya bagi tujuan pemantauan transaksi kewangan oleh pihak polis serta membantu siasatan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pada 5 Februari lalu, mangsa telah memasukkan wang simpanan miliknya berjumlah RM128,208.88 dan RM200,242.00 ke dalam akaun-akaun tersebut seperti yang diarahkan serta menyerahkan maklumat perbankan kepada suspek.

Katanya, pada 25 Mac lalu mangsa telah membuat semakan dan mendapati wang di dalam akaun tersebut telah tiada dan mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal sebelum menyedari dirinya telah diperdaya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN