PETALING JAYA – Syarikat Kawalan Sri Setia komited untuk terus memberi tumpuan terhadap usaha peningkatan penyampaian perkhidmatan keselamatan yang boleh dipercayai dan mengekalkan standard tertinggi dalam semua operasi sedia adanya.
Pengarah Urusannya, Joshua Matthew Adrian berkata, bagi mencapai misi tersebut, pihaknya juga akan sentiasa membina reputasi yang kukuh dalam menyediakan perkhidmatan keselamatan yang profesional kepada pelanggannya di seluruh negara.
“Kami akan memberi tumpuan kepada kecemerlangan operasi, penyelesaian keselamatan yang disesuaikan dan penyampaian perkhidmatan yang konsisten.
“Syarikat juga berjaya membina hubungan yang kukuh dan berpanjangan dengan para pelanggan,” katanya pada majlis penyampaian anugerah The Asia Records di sini baru-baru ini.
Kawalan Sri Setia telah diiktiraf oleh The Asia Records kerana mencapai kadar pengekalan pelanggan tertinggi dalam kalangan syarikat keselamatan bertaraf tinggi tahun lalu.

Pengiktirafan ini menonjolkan komitmen kukuh syarikat terhadap
kecemerlangan perkhidmatan serta perkongsian jangka panjang dengan
pelanggan.
“Kami amat berbesar hati menerima pengiktirafan daripada The Asia Records atas pencapaian kadar pengekalan pelanggan tertinggi dalam kalangan syarikat keselamatan bertaraf tinggi.
“Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi pasukan kami kerana komitmen
mereka untuk membina perkongsian yang kukuh dan jangka panjang dengan
para pelanggan,” terangnya. -KOSMO! ONLINE














