fbpx
Lelaki tersebut dibantu anggota bomba. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Samarinda

Lelaki cari bomba, kena rasuk hari raya kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan beberapa anggota bomba membantu memulihkan seorang lelaki yang didakwa dirasuk makhluk halus, lapor laman berita Detik kelmarin.

Kejadian berlaku di sebuah balai bomba di Samarinda, wilayah Kalimantan Timur pada hari raya kedua.

Seorang anggota bomba dari Pos V Samarinda Seberang, Novan berkata, lelaki tersebut dikenali mereka kerana kerap datang ke balai untuk meminta air.

“Pada hari pertama Aidilfitri, dia ada datang ke sini untuk meminta makanan.

“Dia kembali datang pada hari raya kedua dan memberitahu bahawa dia berasa seperti dirinya dirasuk,” kata Novan.

Tidak lama kemudian, lelaki itu menunjukkan tingkah laku luar biasa seperti menjerit dan menggerakkan tangannya tanpa kawalan, menyebabkan anggota bomba yang ada di situ panik.

Mereka kemudian membantu lelaki itu dengan memberikannya air minuman yang telah dibacakan doa serta menyapu air ke mukanya.

“Syukur kerana akhirnya lelaki itu kembali pulih,” kata Novan. 

“Ia adalah kejadian sebenar, bukan gimik atau drama,” tambahnya.- AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN