SELEPAS hampir seminggu umat Islam di negara ini meraikan Hari Raya Aidilfitri, para perantau yang pulang ke desa sudah mula kembali ke ibu kota untuk meneruskan rutin harian mereka. Apabila pulang dari kampung selepas berhari raya, kebanyakan orang pasti mengalami masalah kewangan yang meruncing. Apa tidaknya, kebanyakan daripada kita akan berbelanja lebih pada hari raya untuk membeli pakaian baharu, menyediakan hidangan kepada tetamu yang bertandang dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang berduit, segala persiapan raya boleh dilakukan dengan senang hati……














