fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna di media sosial berkenaan teguran daripada Gen Milenial kepada Gen Z.

Giliran kakak Gen Milenial tegur geng Z ‘normalisasi raya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap segelintir anak muda yang normalisasikan pelbagai peraturan pelik ketika menerima tetamu pada waktu raya mengundang perdebatan oleh golongan Milenial di media sosial semalam.

Menerusi satu hantaran di media sosial oleh @znrafnd, golongan muda ini ditegur supaya berhenti mencipta alasan dan kembali mengutamakan adab dalam menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah.

“Kalau Gen Z sibuk dengan jenis pantang larang ‘tolong normalisasi’, mari akak Gen Milenial nak tegur. Tolong normalisasikan bila tetamu datang keluar bilik, salam dan tolong ibu bapa dekat dapur.

“Tak ada siapa nak tengok hasil kau mekap adik, orang datang ziarah nak jumpa ibu bapa kamu sahaja. Esok salah seorang dah tiada, tetamu ni dah tak nak datang menziarah,” katanya.

Teguran itu turut disokong oleh rata-rata orang ramai yang mendakwa segelintir anak muda kini lebih gemar berkurung dalam bilik sambil menghadap telefon bimbit.

Meninjau ke ruangan komen, seorang pengguna, Aizaamizz berkata, segelintir gen Z ini terlalu taksub dengan kandungan di media sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah.

“24 jam mekap, buat video ‘trend’ dan layan media sosial. Tunggang-terbalik mak dia duduk jerit-jerit panggil minta tolong,” katanya.

“Mereka ni malas bergerak. Kalau boleh unlimited (tanpa had) WiFi dalam bilik, sebab itu keluar isu suruh normalisasikan tetamu basuh pinggan sendiri,” ulas pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN