fbpx
Tangkap layar hantaran video pengguna @Syafiqmaseiana_ di TikTok seorang lelaki bantu eskot di tengah-tengah kesesakan jalan raya.

[VIDEO] ‘Terima kasih abang motor, kereta beri laluan, isteri saya selamat bersalin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki menghargai jasa penunggang motosikal yang bertindak mengiringi kenderaannya dalam kesesakan lalu lintas ketika isterinya hendak bersalin kelmarin.

Lelaki yang dikenali melalui akaun TikTok Syafiqmaseiana_ berkata, tindakan penunggang motosikal itu mengiringi keretanya memudahkan laluannya sehingga selamat sampai ke hospital.

Katanya, dia terhutang budi kepada penunggang motosikal berkenaan yang bertungkus-lumus membuka laluan buat mereka bermula dari Rembau sehinggalah selamat tiba di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat abang-abang yang bantu saya pada malam raya ketiga sebab bertungkus-lumus tolong saya dari Rembau sampai ke Hospital Tuanku Ja’afar eskot.

“Tak lupa juga pada pemandu kereta yang lain sebab bagi kerjasama, Allah sahaja dapat balas kebaikan semua, isteri dan anak saya selamat tiba,” katanya.

Perkongsian lelaki itu turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai dan ramai yang bangga dengan keprihatinan rakyat Malaysia dalam membantu individu tidak dikenali.

“Bukan sahaja owner (pemilik) motor menjadi ‘hero’ tetapi semua pemandu yang ada di situ memberi laluan walaupun tengan jem,” ujar Eter.yan.

Hasil bantuan ‘abang motor’ itu, isterinya dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata mereka pada raya ketiga, 23 Mac 2026. – KOSMO! ONLINE

@syafiqmaseiana_ Pertama sekali saya nak ucap kan ribuan terima kasih buat abang abang yang bantu saya pada malam 23/3/2026 hari raya ke 3 terima kasih pada abang yang bantu saya sebab bertungkus-lumus tolong saya dari Rembau negeri sembilan sampai la ke hospital Tuanku Jaafar eskot dan jugak tak lupa pada pemandu kereta yang lain sebab bagi kerja sama 🥹🙏🏼Allah je dapat balas kebaikan semua saya isteri dan anak Saya selamat tiba terima kasih kepada sesiapa yang mengenali abang ni ataupun kenal ataupun tuan sendiri yang menonton video ni dm saya nya🥹🙏🏼 ##seremban##rembau##terimakasih #orangbaik ♬ bunyi asal – 🎧 MUSIC_LIRIK.TIGER

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI