JOHOR BAHRU – Kehilangan penglihatan akibat kemalangan jalan raya pada Mac 2023 tidak pernah mematahkan semangat seorang usahawan wanita, sebaliknya menjadi titik kebangkitan baharu untuk meneruskan legasi perniagaan yang dibina bersama suami sejak lebih sedekad lalu. Bagi Masitah Mohamad Afandi, 35, setiap ujian yang dilalui adalah sebahagian daripada perjalanan hidup yang diibaratkannya sebagai peperiksaan untuk menuju kehidupan lebih baik. Anak kelahiran Kampung Melayu Pandan itu berkata, perniagaan perkhidmatan penyaman udara yang diusahakan bersama suami, Nik Nazri Abidin bermula secara kecil-kecilan……














