DUNGUN – Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang penyelam skuba yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol, dekat sini sejak Sabtu lalu ditamatkan hari ini.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata, pencarian Tan Peng Hoong, 66, sejak empat hari lalu gagal menemui sebarang petunjuk.
“Pasukan Carilamat terdiri daripada pelbagai agensi dengan dibantu sukarelawan telah melakukan pencarian termasuk secara selaman skuba di lokasi terlibat berdasarkan pergerakan arus serta faktor cuaca.
“Begitupun tiada sebarang petunjuk untuk mengesan mangsa (Peng Hoong) ditemukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Kosmo! Online Sabtu lalu melaporkan warga emas itu dipercayai hilang ketika melakukan selaman skuba bersama anaknya pada pukul 4.30 petang. – KOSMO! ONLINE














