fbpx
PENUNGGANG motosikal beratur untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Hanoi pada 10 Mac lalu. – AFP

Pemilik pikap kayuh basikal, harga diesel di Vietnam berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Harga diesel di Vietnam  meningkat lebih  dua kali ganda sejak permulaan perang Asia Barat, demikian menurut angka kementerian perdagangan Hanoi hari ini.

Harga diesel melonjak kira-kira 105 peratus dari 26 Februari lalu, dua hari sebelum Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran. Pemerintah menaikkan harga diesel kepada 39,660 dong (RM5.95) seliter hari ini, meningkat daripada 19,270 dong (RM2.89)  bulan lalu..

Harga petrol RON 95  juga melonjak hampir 68 peratus dalam tempoh sama, daripada 20,150 dong(RM3.02)  kepada 33,840 dong (RM5.08) untuk  satu liter.

Peningkatan mendadak harga minyak sejak permulaan konflik Asia Barat menyebabkan kos bahan api meningkat mendadak dan mencetuskan kebimbangan kekurangan bekalan di seluruh dunia.

Penduduk Hanoi, Nguyen Van Chi berkata, dia tidak memandu trak pikapnya sejak  dua minggu lalu, sebaliknya memilih untuk berbasikal seberapa kerap yang  mungkin.

“Dengan harga diesel yang tidak masuk akal ini, saya tidak dapat menjual trak saya kerana tiada siapa yang akan menggunakannya,” kata ahli perniagaan berusia 54 tahun itu kepada AFP.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI