JAKARTA – Seorang peminta sedekah di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam memiliki sebuah telefon pintar jenama iPhone yang disembunyikan di dalam poket seluarnya, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dikongsi di platform TikTok menunjukkan kanak-kanak perempuan itu meminta sedekah bersama ibunya di tepi jalan selepas orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Perakam terkejut apabila menemui sebuah telefon pintar di dalam poket seluarnya.
Selepas diperhatikan dengan teliti, telefon tersebut merupakan model iPhone yang memiliki dua kamera.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.
“‘CEO’ sedang menyamar sebagai pengemis,” kata seorang netizen.
“Saya hanya pakai telefon Android,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI













