fbpx
CKLAMOVSKI tetap komited meneruskan tugasannya bersama Harimau Malaya walaupun terpalit isu pemalsuan dokumen.

Piala Dunia kekal impian Cklamovski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski memberi jaminan untuk kekal komited walaupun pasukan terpalit dengan isu pemalsuan dokumen hingga meranapkan impian ke Piala Asia 2027.

Masa depan pengendali dari Australia itu menjadi tanda tanya sejak tahun lalu susulan isu luar padang melibatkan hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kata Cklamovski, impian untuk membantu Malaysia layak ke pentas Piala Dunia masih lagi menyala walaupun pasukan ditimpa badai ketika ini.

“Sejak tiba, saya memang dah jatuh cinta dengan negara ini. Bekerja dengan barisan pemain dan staf kejurulatihan memberi pengalaman yang baik dengan saya.

“Kita sudah ada perancangan jangka pendek dengan layak ke Piala Asia dan pelan jangka panjang iaitu melihat negara ini beraksi di pentas Piala Dunia.

“Saya rasa tiada apa yang berubah meskipun kita kecewa dengan situasi yang berlaku atas faktor luar padang (isu pemalsuan dokumen) sebelum ini.

“Namun, fokus sekarang bukan mengenai masa depan saya, tetapi lebih kepada persiapan pasukan untuk mengharungi perlawanan penting nanti,” katanya pada sidang media di Bukit Jalil, semalam.

Skuad negara kini dalam persiapan untuk mengharungi aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di tempat lawan, 31 Mac lepas.

Harimau Malaya kini berada di tangga kedua Kumpulan F dengan mengutip sembilan mata manakala Naga Emas di kedudukan pertama dan sudah mengesahkan status selaku juara kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN