fbpx
KAMERA keselamatan sebuah sekolah di Ohio merakam bola api selepas sebutir meteor memasuki atmosfera dan meletup. – SEKOLAH BANDAR OLMSTED FALLS

Meteor meletup, langit berdentum sejauh 200 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Penduduk sebuah bandar di Amerika Syarikat terkejut apabila sebutir meteor meletup dan membentuk bola api di langit, dengan bunyi dentuman sonik kedengaran pada jarak lebih 200 kilometer, lapor laman berita Metro.co hari ini.

Kejadian berpunca daripada sebutir asteroid kecil bersaiz 1.8 meter hancur menjadi serpihan sejurus sebelum pukul 9 pagi (waktu tempatan) pada Selasa minggu lalu di langit bandar Olmsted Falls, timur laut negeri Ohio.

NASA mengukur meteor itu bergerak pada kelajuan sekitar 72,420 kilometer sejam.

Ia mula-mula dikesan di atas Tasik Erie dan pecah kekuatan letupan 250 tan TNT selepas melalui atmosfera Bumi  sejauh 55 kilometer.

Jurucakap NASA, Bill Cook memberitahu saluran berita News5 Cleveland:  “Saya bangun pagi ini (Selasa lepas) dan langit seolah-olah jatuh menimpa saya.”

Bola api itu dirakam kamera keselamatan sekolah tempatan di Olmsted Falls.

“Video dari kamera garaj bas kami. Sebuah meteor di langit,” kata pengetua sekolah, Dr Jim Lloyd.

Tiada kecederaan dilaporkan tetapi letupan itu dapat dilihat dari sejauh Chicago, Toronto dan Philadelphia.

Kira-kira 17,000 meteorit jatuh ke Bumi pada  setiap tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN