fbpx
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di ladang sawit dekat Kampung Jemeri di Rompin.

Cuaca panas, ladang sawit seluas 60.7 hektar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Keadaan cuaca panas menyebabkan ladang kelapa sawit seluas kira-kira 60.7 hektar berhampiran Kampung Jemeri di sini terbakar sejak semalam.

Bagaimanapun tiada mangsa yang direkodkan setakat ini dan operasi pemadaman kebakaran masih giat dilakukan di ladang milik sebuah syarikat swasta berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Ibrahim berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.15 petang semalam telah berjaya memadam kebakaran di kawasan seluas kira-kira 40.4 hektar.

“Bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran hos dan empat pancutan menggunakan sumber air terbuka dan satu unit pam angkut dan turut mendapat bantuan daripada pekerja ladang.

“Operasi yang ditangguhkan pada pukul 5.15 petang semalam disambung semula hari ini,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI