fbpx
AEDY Fadly (empat dari kanan) mendengar penerangan daripada pasukan bomba di Pusat Kawalan Menora, Ipoh sempena Pemantauan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2026 semalam.

33,402 notis kesalahan dikeluar JPJ untuk pemandu degil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 33,402 notis atas pelbagai kesalahan kepada pengguna jalan raya sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2026 dilaksanakan bermula 16 Mac lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, data yang direkodkan sehingga semalam itu diperoleh hasil pemeriksaan ke atas 172,479 unit merangkumi kenderaan persendirian, motosikal, barangan, perkhidmatan awam dan bas di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 14,455 kenderaan diambil tindakan dengan 1,651 slip pemeriksaan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya.

“Daripada 14,455 kenderaan diambil tindakan, sebanyak 289 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan termasuk 43 kenderaan barangan yang tidak mematuhi larangan pemanduan kenderaan barangan (roadban) yang telah berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menjalankan Pemantauan Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2026 di Pusat Kawalan Menora, di sini semalam.

Katanya, berdasarkan statistik semasa, tiga kesalahan tertinggi yang direkodkan ialah tidak memakai tali pinggang keledar dengan 761 kes, diikuti membawa lebih muatan sebanyak 353 kes dan 317 kes bagi kesalahan tidak mematuhi isyarat lalu lintas (lampu merah).

“Tidak memakai tali pinggang keledar merupakan antara kesalahan utama, bukan sahaja ketika musim perayaan, malah pada waktu lain sepanjang penguatkuasaan dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI