PETALING JAYA – Sebanyak 1,654 kes kemalangan membabitkan pelbagai jenis kenderaan direkodkan di seluruh negara, semalam.
Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 129 kes berbanding hari sebelumnya.
Daripada keseluruhan kes kemalangan yang dilaporkan, sejumlah 14 kes melibatkan kematian direkodkan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu secara berhemah.
Selain itu, pengguna jalan raya juga diingatkan agar sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE














