fbpx
Anwar (dua dari kiri) berjalan kaki ketika menziarahi beberapa rumah penduduk di Kampung Pelet, Kubang Semang, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

PM bidas pembangkang main isu minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan segelintir pihak yang didakwa mempolitikkan isu kenaikan harga minyak ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik perang global.

Menurutnya, harga bahan api negara masih berada pada paras terkawal termasuk RON95 yang kekal pada kadar RM1.99 seliter meskipun berlaku peningkatan harga minyak di pasaran global susulan gangguan bekalan akibat konflik perang.

“(Minyak) kita masih RM1.99 walaupun diesel dan minyak RON 97 naik. Ada orang lagi guna kesempatan ini dalam keadaan ekonomi jatuh. Minyak tersekat.Bukan salah kita.
“Ini masalah perang dunia. Masih ada lagi beberapa orang pembangkang maki hamun kita dalam keadaan sekarang. Ini dunia politik kita dah tak terkawal. Patut semua pakat cari jalan penyelesaian, bagi rakyat, insaf.

“Kalau ada dana sedikit, bantu yang susah. Jadi sebab itu, kita kena kerjasama dan pakatan,” katanya ketika berucap Santai Akhir Ramadan Bersama Pimpinan Komuniti Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Permatang Pasir, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Kelmarin, media melaporkan Kementerian Kewangan mengumumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia naik 80 sen kepada RM4.72 seliter, manakala harga petrol RON97 meningkat 70 sen kepada RM4.55 seliter.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter di bawah program BUDI95, manakala diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

Terdahulu, Anwar meluang masa kira-kira 15 minit menyantuni dua keluarga iaitu Hashim Hamid dan Raihani Bahari sempena Program Ziarah Komuniti Permatang Pasir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI