fbpx
YAHAYA menyerahkan topi keledar percuma kepada penunggang motosikal pada Majlis Peluncuran Op Selamat Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Hentian Rehat Muadzam Shah di Rompin.

Lebih sejuta kenderaan guna Lebuh Raya Karak-KL sampai Rabu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Lebih sejuta kenderaan dijangka melalui negeri ini khususnya di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dalam tempoh Op Selamat 2026 bermula esok hingga Rabu depan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, hari kelima Op Selamat dijangka merekodkan pergerakan terbanyak kenderaan iaitu sebanyak 206,571 buah kenderaan.

“Jangkaan trend kenderaan akan melaluly KLK sempena OP Selamat 2026 melibatkan sebanyak 1,080 895 buah kenderaan dengan jumlah purata harian pergerakan kenderaan yang akan melalui Lebuhraya KLK sepanjang Op berlangsung adalah sebanyak 175,000 buah kenderaan.

“Sepanjang tempoh Op Selamat ini pihak polis akan mempertingkatkan rondaan serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan dan memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pihak polis akan memberi perhatian serius dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan demi keselamatan semua pihak dan kelancaran perjalanan trafik.

Katanya antara kesalahan yang diberi perhatian serius oleh pihak polis termasuk memandu melebihi had laju, memotong secara berbahaya, tidak mematuhi lampu isyarat, potong barisan.

Tegasnya pihak polis tidak akan berkompromi dengan enam kesalahan ini yang akan dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Dalam pada itu katanya, pihak polis mengenalpasti 36 lokasi sebagai kawasan ‘black spot’ yang merekodkan banyak kes kemalangan di seluruh negeri.

Katanya, selain itu sebanyak 25 lokasi dikenalpasti sebagai ‘hot spot’ iaitu yang sering berlaku kesesakan lalu lintas termasuk Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

“Jalan Persekutuan paling banyak kawasan ‘blackspot’ dan ‘hotspot’ dan kita akan menempatkan anggota polis melakukan rondaan bagi menampakkan kehadiran polis,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI