fbpx
Seorang pekerja mengisi petrol ke dalam sebuah beca automatik di sebuah stesen minyak di pinggir Colombo pada 16 Mac lalu. - AFP

Cuti setiap Rabu di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Sri Lanka mengisytiharkan setiap hari Rabu sebagai cuti bagi institusi awam untuk menjimatkan bahan api ketika Colombo bergelut dengan kekurangan bekalan berikutan perang Amerika Syarikat (AS) dan Israel menentang Iran, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

“Kita mesti bersedia untuk situasi terburuk, tetapi berharap yang terbaik,” kata Presiden Anura Kumara Dissanayake pada mesyuarat tergempar dengan barisan pegawai kanan kelmarin.

Minggu bekerja empat hari baharu Sri Lanka juga akan terpakai kepada sekolah dan universiti, tetapi tidak akan melibatkan institusi yang menyediakan perkhidmatan penting seperti pihak berkuasa kesihatan dan imigresen.

Kerajaan memilih hari Rabu dan bukannya Jumaat sebagai hari cuti tambahan supaya pejabat kerajaan tidak ditutup  tiga hari berturut-turut.

Pengguna kenderaan juga dikehendaki mendaftar untuk Pas Bahan Api Nasional yang mencatu jumlah bahan api  boleh dibeli oleh orang ramai.

Orang ramai bagaimanapun tidak puas hati  kerana berpendapat kuota petrol 15 liter untuk kereta persendirian dan 5 liter untuk motosikal adalah terlalu rendah.

Mekanisme pencatuan itu pertama kali dilaksanakan pada tahun 2022 semasa krisis ekonomi terburuk negara itu. Krisis tersebut menyaksikan Sri Lanka kehabisan rizab asing dan tidak dapat mengimport barang keperluan serta membeli bahan api mencukupi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI