TAPAH – Meskipun kehidupan tidak sempurna tanpa kehadiran insan tersayang bergelar ibu bapa, dua anak yatim tetap reda dengan ketentuan Ilahi tersebut. Muhamad Jufry Jaafar, 17, kehilangan ibu bapa, manakala Muhammad Adam Darwisy Azrulaffindi, 16, masih terasa dengan kehilangan ibu tercinta awal tahun ini. Bagi mengubat kerinduan terhadap orang tua masing-masing mereka menumpang kasih ‘keluarga’ Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ahmad di Tapah Road, di sini sejak beberapa tahun lalu bagi meraikan Aidilfitri. Muhamad Jufry berkata, dia tetap bertabah hati walaupun tidak……














