fbpx
Ahmad Maslan bersama pengurusan kanan MK Curtain bersama anak-anak yatim, pelajar tahfiz yang diraikan dalam majlis berbuka puasa di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.

MK Curtain hulur duit raya pada anak yatim, pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – MK Curtain Berhad (MK Curtain) menganjurkan maj­lis berbuka puasa dengan keha­diran lebih 500 tetamu yang terdiri daripada rakan niaga korporat, warga kerja dan komuniti setempat bagi bersama-sama menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Bersempena majlis tersebut, syarikat yang terkenal dengan jenama langsir terkemuka di negara ini, turut menganjurkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan ‘Pemberian Dari Hati’ yang bertujuan untuk membantu golongan memerlukan, selaras dengan semangat Ramadan yang menekankan nilai keprihatinan, perkongsian dan amalan memberi kepada masyarakat.

Melalui inisiatif tersebut, MK Curtain menyalurkan bantuan kepada beberapa individu yang memerlukan, antaranya ialah artis, Shamsul Ghau Ghau yang kini berdepan cabaran kesihatan selepas mengalami strok dan sedang menjalani rawatan serta proses pemulihan.

Seorang lagi penerima bantuan ialah bekas jurugambar sebuah syarikat media tempatan, Djohan Shahrin yang pernah terlibat dalam kemalangan, kini terus tabah dan kuat meneruskan kehidupannya.

Turut diraikan adalah 42 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf AlBarakh Malaysia, serta 14 pelajar dari Maahad Tahfiz Vokasional Aman Bistari di Puchong, Selangor.

Kesemua mereka turut menerima duit raya sebagai tanda berkongsi kegembiraan dan keberkatan Ramadan.

Pengerusi MK Curtain, Datin Wira Moon Sze Fui berkata, sesebuah syarikat bukan sahaja perlu memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan, malah turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada masyarakat.

“Kami berharap inisiatif ‘Pemberian Dari Hati’ ini dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan, di samping menggalakkan lebih ramai usahawan dan syarikat untuk bersama-sama menyertai usaha kebajikan.

“Nilai sesebuah perniagaan bukan sekadar terletak pada keuntungan, tetapi juga pada kemampuan untuk memberi impak positif kepada masyarakat dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis buka puasa dan penyampaian sumbangan serta duit raya yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Turut hadir Pengasas MK Curtain, Datuk Wira (Dr) Calvin Khiu.

Majlis tersebut turut dime­riahkan dengan persembahan qasidah oleh pelajar dari AlBa­rakh, pertunjukan tarian singa yang dibawa khas dari Johor Bahru bagi menambah kemeriahan suasana majlis berbuka puasa tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI