fbpx
Anthony menyantuni penumpang KTMB di KL Sentral hari ini

KTMB tambah tren balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penambahan kapasiti perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara besar-besaran akan dilaksanakan bagi memenuhi permintaan tinggi warga kota yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu merupakan penambahan perkhidmatan tren terbesar yang pernah dilaksanakan dalam sejarah pengoperasian KTMB.

“Sebanyak 228 perjalanan tren tambahan disediakan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026, yang merangkumi 196 perjalanan ETS dan 32 perjalanan EMUPlus,” katanya.

Menurut beliau, penambahan itu membolehkan jumlah keseluruhan tempat duduk meningkat kepada 251,752, iaitu peningkatan sebanyak 113% berbanding hanya 118,440 tempat duduk pada tahun 2025.

Tambahnya lagi, KTMB berkeupayaan mengoptimumkan operasi sehingga 70 perjalanan sehari jika permintaan terus meningkat.

Lonjakan kapasiti ini disokong sepenuhnya oleh penerimaan 10 set tren ETS3 yang baharu, di samping penggunaan set ETS sedia ada.

“Dalam tempoh puncak ini, perkhidmatan tren akan beroperasi hampir 24 jam sehari dengan kekerapan 64 perjalanan sehari,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar segera mendapatkan baki tiket tambahan yang masih tersedia melalui saluran rasmi KTMB.

Terdahulu, Anthony Loke menyantuni para penumpang di KL Sentral dengan mengedarkan hampir 500 pek Hari Raya Aidilfitri kepada mereka yang menuju ke Padang Besar dan JB Sentral. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI