fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan Trump dan Diaz-Canel. – AFP

Amerika arah Cuba guling presiden sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HAVANA – Pentadbiran Presiden Donald Trump memberitahu Cuba supaya menyingkirkan Presiden Miguel Diaz-Canel semasa rundingan Washington-Havana mengenai masa depan pulau pemerintahan komunis tersebut, lapor akhbar New York Times semalam.

Washington berusaha  menggulingkan Diaz-Canel  tetapi akan membenarkan kerajaan komunis negara pulau itu kekal berkuasa, demikian menurut New York Times, memetik empat sumber yang mengetahui tentang  rundingan tersebut.

Semasa mesyuarat bersama barisan pegawai tertinggi Cuba Jumaat lalu, Diaz-Canel berkata,  Havana sedang berunding dengan Washington tanpa mendedahkan butiran terperinci.

Pentadbiran Amerika Syarikat(AS)  mahukan pemimpin baharu menerajui Cuba ketika pulau itu bergelut dengan gangguan bekalan elektrik meluas di tengah-tengah sekatan minyak dahsyat yang dikenakan oleh pentadbiran Trump.

Amerika Syarikat bagaimanapun  tidak mendorong sebarang tindakan terhadap ahli keluarga Castro yang berpengaruh di Cuba, kata dua sumber tersebut.

Trump sebelum ini menyasarkan pemimpin-pemimpin  sayap kiri Amerika Latin. Di Venezuela, pentadbirannya menyingkirkan Nicolas Maduro tetapi terus bekerjasama dengan bekas timbalannya, Delcy Rodriguez yang lebih tunduk kepada Washington.

Trump juga membuat ancaman terang-terangan untuk ‘mengambil’ Cuba yang mempunyai 9.6 juta penduduk  selepas tujuh dekad perselisihan dengan Amerika Syarikat.

Sumber sama memberitahu Times bahawa ‘menyingkirkan ketua negara Cuba akan membolehkan perubahan ekonomi berstruktur di negara itu. Ini kerana Diaz-Canel dianggap sebagai pemimpin berpendirian keras dan  tidak mungkin akan menyokong AS. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI