fbpx
Tangkap layar video Asdina menceritakan keadaan terkini Noor Syamimi yang sedang dirawat di Hospital Rambau, Negeri Sembilan.

[VIDEO] ‘Keadaan Syamimi sangat merisaukan, tolong doakan isteri saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Agak merisaukan kami, respons tak seperti biasa, doakan Syamimi.” Demikian kata Asdina Arffin Suwadi, 34, berhubung keadaan terkini isterinya yang sedang menerima rawatan di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

Menerusi beberapa video dikongsikan di TikTok sejak kelmarin, Asdina berkata, isterinya Noor Syamimi Rohim, 35, dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah dalam keadaan agak tenat.

“Kemungkinan doktor nak tidurkan Syamimi. Saya minta semua rakyat Malaysia doakan Syamimi, doakan tak ada apa-apa berlaku kepadanya. Tolong panjangkan doa, semoga ramai doakan kesihatan Syamimi,” katanya menerusi video pertama yang dimuat naik malam kelmarin.

Asdina memuat naik video kedua pagi semalam memaklumkan isterinya dipindahkan ke Hospital Rembau bagi menjalani prosedur imbasan otak kerana doktor mengesyaki terdapat jangkitan kuman pada otak wanita tersebut.

Asdina kemudian memuat naik satu lagi video malam tadi memaklumkan keadaan terkini isterinya yang telah dimasukkan ke wad.

“Saya ucap terima kasih kerana mendoakan Syamimi, tolong share (kongsi) video supaya rakyat Malaysia mendoakannya. Terkini pada pukul 8.51 malam, Syamimi dah dihantar ke wad, keadaannya sangat merisaukan.

“Kita nampak simptom Syamini waktu ketika dia sakit (dulu), agak risaukan kami. Respons tidak seperti biasa, kalau sebelum ini elok respons. Semoga Allah hantar keajaiban. Sekarang dia demam panas suhu lebih 38 darjah Celsius.

“Minta panjangkan video ini, semoga ramai rakyat Malaysia bantu doakan (Syamimi),” katanya.

Terdahulu, lelaki itu tular di media sosial kerana tabah menjaga isteri yang terlantar sakit dan hilang penglihatan seperti yang disiarkan Kosmo! pada Khamis lalu.

Asdina memaklumkan isterinya mengalami short term memory (memori jangka pendek) selepas otaknya dijangkiti kuman pada tahun 2022 dan hanya mengingati kejadian sebelum tahun 2018.

Walaupun kesihatan Noor Syamimi makin baik, Asdina terpaksa mengingatkan isterinya setiap hari bahawa mereka sudah berkahwin.- KOSMO! ONLINE

@asdinaarffin UPDATE TERKINI 8.51pm 15/3/2026 #bidadarisyurga #bidadarisyurgasyamimi #misi200k #xybca ♬ A Touching Story – Kim Sung Hwan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN