fbpx
Tangkap layar video menunjukkan perakam membaling sengenggam tanah ke arah pekerja asing. - Instagram

Tak tahan bunyi bising, penghuni flat baling tanah pada pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang penduduk di Singapura menerima kecaman orang ramai apabila merakam dirinya membaling tanah ke arah beberapa pekerja asing kerana tidak tahan dengan bunyi bising mereka, lapor portal berita Must Share News. 

Rakaman video dikongsi di platform Instagram oleh akaun @sgfollowsall menunjukkan perakam bersembunyi di belakang pasu di balkoni rumahnya ketika beberapa pekerja asing sedang bekerja di aras bawah. 

Perakam kemudian mengambil sengenggam tanah daripada pasu berhampiran dan membalingnya ke arah pekerja terbabit. 

Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan bunyi bising daripada aktiviti pembinaan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 283,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Setiap bangunan di negara ini dibina oleh pekerja asing. Malah, tempat tinggal yang kamu memanggilnya rumah turut dibina oleh mereka dan ini cara kamu melayan mereka.” kata seorang netizen. 

“Sudah baling terus sembunyi!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN