fbpx
Keputusan undian trafik balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri yang dikongsikan oleh Khairul Aming.

Ramai pilih balik kampung hari Khamis, adakah Jumaat raya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ramai perantau memilih untuk pulang ke kampung pada Khamis ini untuk menyambut Aidilfitri berdasarkan undian yang dibuat menerusi media sosial.

Undian tarikh balik kampung yang dilakukan usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming itu mendapat maklum balas menggalakkan daripada 300,000 pengguna Instagram dan Threads.

Keputusan menunjukkan sebanyak 65,165 atau 36 peratus responden di Instagram memilih pulang ke kampung pada Khamis, manakala peratusan di Thread pula sebanyak 34 peratus.
Tempat kedua pula pada hari Rabu melibatkan undian sebanyak 49,325 atau 27 peratus di Instagram, manakala 26 peratus responden lagi memilih hari sama di Threads.

Sebanyak 42,024 undian atau 23 peratus responden pula memilih pulang ke kampung pada Jumaat, manakala di Threads pula sebanyak 24 peratus.

Seterusnya, sebanyak 26,306 undian atau 14 peratus responden memilih pulang ke kampung esok, manakala 16 peratus undian pada Threads memilih hari sama.

“Berdasarkan undian, daripada 300,000 responden di Instagram dan Threads, kebanyakan mereka memilih untuk balik kampung pada hari Khamis. Tapi boleh tahan ramai nak balik Jumaat. Adakah Jumaat itu jatuh raya pertama? Sama-sama kita nantikan, sekian laporan tahun ini,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, jumlah kenderaan di lebuh raya dijangka meningkat dengan ketara mulai esok apabila golongan perantau pulang mula bergerak pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dipetik berkata, peningkatan trafik itu merupakan fenomena biasa setiap kali menjelang perayaan besar dengan Plus menjangkakan dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada hari-hari puncak bermula 20 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN