PETALING JAYA – Atlet skuasy negara, S. Sivasangari mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul juara Kejohanan Australian Open Squash 2026 yang berlangsung di Brisbane, Australia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada pemain nombor satu negara itu atas kejayaan cemerlang berkenaan.
Menurut beliau, kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan dunia sukan tanah air, malah membuktikan keazaman, disiplin serta semangat juang tinggi yang dimiliki atlet negara dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
“Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus melakar kejayaan serta mengangkat martabat sukan negara ke tahap lebih gemilang,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejayaan Sivasangari itu sekali gus menambah lagi koleksi pencapaian cemerlang skuasy Malaysia di pentas dunia. – KOSMO! ONLINE.














